-->

Resepi KEK BELACAN LUMUT CHEESE

Resepi Kek Belacan Lumut Cheese
(Acuan saiz 10''x10")
#HasreesKitchen
Kredit: Hasnisah Simili Ibrahim

Kek Belacan Lumut Cheese. Amboi. Lama sudah teringin nak buat kek 3 lapisan ni. 3 lapisan maksudnya 3 adunan la yang kena diadun. Hahaha. Itu pasallah, saya sampai ke tahun 2018 ni baru berkesempatan nak buat kek ni. Bahan-bahan pun memang sudah pasti banyak jenis nak kena perhati satu persatu resepi ni. Apa-apa pun setiap yang rumit dan sukar, hasilnya juga sangat KEBABOOM. Saya dah berjaya buat kek ni. Jadi, buat anda yang sangat rajin nak mencuba atau teringin nak makan,bolehlah cuba resepi yang saya dah pun cuba ni ye. Selamat berjaya. 



Kek Belacan (Lapisan Bawah)
170g Anchor butter
50gm gula halus
3 bj telur Gred AA
95g tepung pau
100gm sekaya Yeo's
100g susu pekat manis
100g milo
100gm horlick
1sb browning sugar
250g coklat mskn (dicairkan)
Sedikit esen vanilla
Mentega dan gula pukul sampai kembang
Masuk telur satu persatu
Masuk tepung gandum,milo,horlick,susu pekat. Sebatikan.
Masuk esen vanilla,browning sugar dan coklat mskn yg telah dicairkan. Sebatikan.
Kukus 1 jam atau hingga masak.


Kek Lumut (Bahagian Tengah)
170g Anchor butter
3 biji telur gred AA
50g gula halus
90g roti merrie blended
1sb(munjuk) tepung pau
100g sekaya Yeo's
100g susu pekat manis
100g horlick
1/2 botol pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Mentega dan gula pukul hingga kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan susu pekat,kaya,horlick,tepung roti merrie blended,tepung,pandan paste dan pewarna hijau. Sebatikan.
Lapiskan di atas kek belacan yang telah masak tadi.
Kukus 1 jam atau hingga masak.

Kek Cheese (Bahagian Atas)
750g cream cheese Anchor/Philadelphia
150gm gula halus
3 biji telur gred AA
Sedikit essen vanilla
2sm(munjuk) tepung pau
Cream cheese,essen vanilla dan gula pukul rata.
Masukkan telur satu persatu.Sebatikan.
Masukkan tepung gandum.Sebatikan.
Lapiskan di atas kek lumut yg telah msk tdi
Kukus 2 jam atau hingga msk.
Tips:Sapu acuan ngn marjerin. Lapit ngn kertas minyak bhgian bwh dan sekeliling acuan. Kelak senang nk ngeluar dr acuan.
Tips: Mun dh msk..Simpan dolok dlm peti ais semalaman atau 24jam. Simpan ngn acuan skali. Baruk nymn nk ngelua kek dr acuan selain kek x kemek dan senang nk potong.


SELAMAT MENCUBA

Baca juga:

1 Comments

avatar

tepung pau blh tukar tepung gandum x?

Balas delete



Emoticon