-->

Resepi Brokoli Masak Sos Tiram

Resepi Brokoli Masak Sos Tiram

Jom. Hari ini kita main masak campak- campak je. Bahan yamg mudah dan cara yang paling ringkas untuk masak sayur yang sangat sedap ala-ala restoren gitu.

Brokoli Masak Sos Tiram


Bahan-bahan:
Sayur Brokoli (dipotong dan dibersihkan)
2 biji bawang merah (potong kecil)
4 biji bawang putih (potong kecil)
Sejemput ikan bilis
1 cili merah (potong kecil)
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili dan ikan bilis hingga naik bau.

2. Masukkan sos tiram dan air. Kalau suka kuah lebih, boleh tambah air lagi lan tambahkan sos tiram.

3. Bila dah mendidih, masukkan sayur brokoli. Kacau seketika dan tutup api. Jangan terlampau lama masak atas dapur, nanti sayur brokoli lembik sangat.

4. Sedia untuk dihidang.

Baca juga:

1 Comments

avatar

Sedapnya, saya suka betul brokoli ni :)

Balas delete



Emoticon