-->

Tips Membuat Kek Lapis Sarawak

Tips membuat kek lapis Sarawak daripada Puan Noriah Kipli. Terima kasih atas tips. Moga bermanfaat buat kita semua.
TIP UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS
1 = Ikut peraturan mengikut resepi yg diberi dan timbang bahan2 dgn teliti
2 = Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang dan putih
3= Adunan hendaklah digaul rata dan sehala untuk mengelak adunan tepung tidak mendap dan tidak kembang.
4= Pastikan adunan tidak mudah jatuh. Jika masih cair dan jatuh pukul lagi hingga kembang.. Ini paling penting utk menjadikan kek kelihatan cantik dan sedap
5= Lapisan kek yg telah masak hendaklah ditekan rata dgn penekan untuk mengelak daripada mengelembung
6 = Jika tiada browning ,ia boleh digantikan dgn treacle atau pewarna coklat pekat.
7= Apabila mengeluarkan kek, pastikan kek benar2 sejuk.untuk mengelak permukaannya rosak.
8 = Balut kek dgn pembalut plastik @ aluminium
9 = Didalam resepi kek lapis ,krim of tartar ,baking powder atau bicarbonate of soda , ia boleh menyebabkan kek mengelembung dan tidak cantik
10 = Buah2an kecuali buah prune hendaklah dibasuh dan toskan ,utk membuang gula yg berlebihan, dan potong kecil
11= Kek lapis bakar yg dimasak selapis2 memerlukan masa 7 hingga 10 minit utk masak bergantung kpd jenis2 oven..suhu 150 °c . Pastikan kek bewarna keperangan  baru dikeluarkan
12 = Masa mengukus guna api perlahan...ia menjadikan kek anda cantik..masa mengukus tutup permukaan acuan dgn alumunium...utk mengelak kek terkena air...
#tipuntukmembuatkeklapis

Baca juga:

0 Comments



Emoticon