Powered by Blogger.

Review Xiaomi Redmi 4X (Malaysia)

Review Xiaomi Redmi 4X (Malaysia)

Redmi 4X Black (3GB RAM + 32GB ROM)  

    





  • Redmi 4X Black (3GB RAM + 32GB ROM)
    Redmi 4X Black (3GB RAM + 32GB ROM)
Redmi 4X Black (3GB RAM + 32GB ROM)
1 Year Local Manufacturer Warranty
more
  • 5" Display
  • 2.5D curved glass
  • High Capacity 4100mAh battery
  • Snapdragon 435 octa-core processor
  • Premium Metal Body
  • Fingerprint Sensor
  • 13MP PDAF 0.3s fast focusing rear camera
  • 5MP front Camera


Sumber: LAZADA.COM



 Pada 17 Ogos 2017, setelah membuat misi pencarian dan perbandingan handphone dari segi kualiti dan harga, akhirnya aku berkenan untuk membeli Xiaomi Redmi 4X. Kebetulan sempena Merdeka lepas, Mi Store melalui website Lazada.com telah membuat promosi bagi handphone model Redmi 4X dimana harga ditawarkan adalah RM649 dan percuma powerbank Mi 10000mah.

Actually aku berkenan nak beli Redmi 4X yang berwarna putih, tapi dah sold out. Jadinya memang tiada pilihan lain, aku beli juga yang warna hitam. Antara kelebihan Redmi 4X yang membuat aku tertarik adalah:


  1.  Harga yang berbaloi iaitu RM649
  2. PERCUMA Powerbank Mi 10000mah. Part percuma ni aku suka sangat. Haha.
  3. Kualiti kamera 13MP kamera belakang dan 5mp kamera depan. Kualiti kamera memang gempak sebab kalau ambik gambar tempat yang pencahayaan kurang, korang boleh adjust LIGHTING. Yang ni memang sangat membantu untuk kekite ni yang suka ambik gambar.
  4. Fingerprint sensor. Serius, yang ni sangat memudahkan aku nak akses handphone. Tak perlu nak berpasword bagai.
  5. Kapasiti bateri yang besar iaitu 4100 mah. Sangat sesuai untuk korang yang suka online dan travelling. Tak perlu risau kehabisan bateri.
  6. Paparan Screen yang lebih kecil 5". Lebih kecil paparan screen, lebih jimat lah penggunaan bateri korang.
  7. Rupa bentuk yang elegan dan smart with metal body.
  8. Storan dalaman 32GB, lebih besar lebih banyak korang dapat install apps. Part yang ni aku memang tekankan sikit, sebabnya handphone sedia ada aku sekarang, storan dalam dia hanya 8GB. Haha. Korang bayangkan macamana aku terpaksa gigih uninstall applications yang aku suka nak godek, contoh Lazada, Airasia, dan lain-lain bagi memberi laluan kepada apps yang lebih penting. Stress oiii. Kalau korang ada bajet lebih, cariklah handphone yang storan internal yang lebih besar k. Contoh iphone. Ni, memang aku mampu tengok je dulu. :)
  9. 3GB ROM, yang ni kalau tak silap aku lebih kurang macam processesor laptop lah. Berkaitan dengan kelajuan. Yang penting, lepas aku guna redmi 4X ni memang agak laju la bila korang nak buka apps atau googling.
  10. Kekuatan dalam menangkap WIFI. Contohnya senang je, sebab aku ni tinggal bersebelahan je dengan rumah parent, so sumber uniFI memang di rumah induk lah kan, bila aku guna Huawei Honor 4X, memang tiada bar langsung WIFI handphone aku. Sedih. TAPIIII, bila aku guna REdmi 4X ni, handphone ni dapat tangkap signal WIFI dari rumah parent aku. Siap aku dapat layan youtube lagi tu tanpa loading yang gila siput. Memang berbaloi lah Redmi 4X ni dengan harga dia. Puas Hati den.

Apa-apa pun, terpulang lagi dengan bajet yang korang ada, kalau bajet lebih, boleh usya handphone lain yang mungkin ada spec yang lebih hebat dan menarik. Untuk aku, Redmi 4X ni sudah cukup memadai. Bajet aku memang nak handphone bawah harga RM800. :)





Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Review Xiaomi Redmi 4X (Malaysia)"

Hi anum. Harga xiaomi redmi 4x ni rm649. ;)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top