Powered by Blogger.

Review Bing! Coffee

Review Bing! Coffee

Tiramisu Latte

Bambini Sandwich Lamb
2 September yang lepas, kami sekeluarga singgah ke Bing! Coffee, branch Green height sebelum hantar adik aku ke airport Kuching. Actually, ni kali pertama aku jejak kaki ke Bing! ni sejak berkurun lamanya dah bertapaknya Bing! ni di Kuching. Sebab dulu aku tak tau Cafe ni halal ke tidak. Aku tahu pasal Cafe ni pun, bila aku tanya sorang kawan chinese aku, mana nak cari Sandwich beef yang sedap kat Kuching ni, since dia ni kaki jalan-jalan cari makan. Tu yang dia promote Bing! Cafe ni dengan aku.
Bermulalah pencarian aku di facebook dan google pasal Bing! Coffee ni, halal ke tidak? Cari punya cari, dan yes, memang Bing! ni mempunyai status HALAL. So, bolehlah dengan senang hati aku nak try menu kat sini. Aku baca review pelanggan kat sini, rata-rata cakap Lasagna Beef sini sedap. So untuk jejak pertama kali kat sini, aku order Lasagna Beef (RM18.80),  Bambini Sandwich Lamb (RM13.50), dan untuk air pula kami order Tiramisu Latte, Green Tea, Cappucino, Mocha, Vanilla, dan Chocholate. Harga air memang semua RM10 ke atas. Tapi memang berbaloi lah. Sebab, sedap!! Bagi aku, air Mocha sini memang SEDAP!! Yang ini, mak aku punya, jadi aku gi rasa. Hahaha. Menyesal pulak tak order Mocha. Takpa. Next visit ok!
Chocolate



Bambini Sandwich Lamb

Layan Santai je


Untuk Lasagna Beef pula, so far ok lah bagi aku. Macam aku pernah rasa yang lebih sedap dari ini. Dan untuk Bambini Sandwich Lamb, yang ni memang terbaik lah. Sedap! Puas hati ok. Kat Bing! Coffee ni, tempat untuk rilek-rilek dan santai. Kalau korang tengah kebuluran lapar nasi, tak disyorkan ye. Haha.
Lasagna Beef
Next visit, for sure aku akan order Mocha dan Bambini Sandwich Lamb! Ohya, jangan lupa claim membership kad tau if pembelian korang lebih RM30. Senang next visit korang akan dapat special price. Mana nak carik. Hehe.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Review Bing! Coffee"

Bambini Sandwich Lamb nampak sedapnyaaaaaaaaa <3

Ye, sedap sangat.. tapi tu lah, sikit.. haha

Tiramisu latte tu...sedapnya tapi tu laa, kat Kuching 😂😂😂

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top