Powered by Blogger.

Resepi Sup Tulang Daging

Alhamdulillah atas nikmat kurnia Allah S.w.t kita bertemu lagi dengan Raya Aidiladha tahun ini. Dah namanya pun Hari Raya Korban, dah sah-sah memang ada rezeki kami sekeluarga dapat daging dan tulang korban. Jadi, hari ini, saya dah siap-siap bajet beritahu dengan mak saya, yang anak dara dia ni, ehh anak perempuan dia yang dah pun jadi bini orang ni nak masak sup tulang korban yang ayah dapat semalam. Jom akita terjah Resepi Sup Tulang Daging versi saya ni. :). Resepi ni saya adaptasi dari resepi sup ayam kampung yang sepupu saya buat, saya rasa sedap sangat. Tu yang teringin lagi nak buat cara dia tu.


Resepi Sup Tulang Daging

Bahan-bahan:

1 kg Tulang Daging
3 cm halia
1 biji bawang bombay
7 ulas bawang putih
1 batang serai
10 biji lada hitam
Rempah tumis
Daun sup (saya guna daun sup dayak yang aroma nya lebih kuat)
Garam secukup rasa


Cara-cara buat:

  1. Rebus tulang daging terlebih dahulu hingga mendidih.
  2. Tumbuk lumat bawang bombay, bawang putih dan halia.
  3. Tumbuk ala kadar je serai (Yang ni saya tak tau nak cakap macamana...haha)
  4. Bila daging dah lembut, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi termasuk serai. Masukkan juga rempah tumis.
  5. Tumbuk halus lada hitam dan masukkan dalam rebusan tadi.
  6. Perasakan garam.
  7. Masukkan daun sup dayak. Siap!!

Saya suka sup masak cara ni, sebab tak berminyak sangat. Ingat, kurangkan minyak dalam masakan. Dahlah daging korban ni boleh tahan kuat juga lemak nya. Selamat mecuba ye kawan-kawan. Resepi ni sangat mudah dan sedap. Cubalah
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Sup Tulang Daging"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top