Powered by Blogger.

Resepi Chicken Wing ala Kundasang Sabah

Resepi Chicken Wing ala Kundasang Sabah

Aku teringin tau!! Kau tau kan bila teringin nak makan sesuatu tu, tapi benda tu jauh beribu kilometer dari kau. Aduhhh. Aku teringin pula nak makan chicken wing yang banyak jual kat kawasan Kundasang, Sabah. Memang sedap tau chicken wing kat sana. Kalau korang ada ke Kundasang, Sabah, WAJIB tau korang rasa chicken wing yang jual kat gerai-gerai kat sana.

Jadi, aku ni bila teringin memang tak dapat nak buat apa la. Takkan nak fly ke Sabah pulak kan. Aku try google Resepi- resepi ala-ala chicken wing ala Kundasang Sabah ni. Cari punya cari, aku jumpa kat satu post fb. Ada dia punya link blogspot. Nanti aku share k . So, mohlah kita mencuba buat chicken wing kundasang ni. BAHAN special perlu ada adalah ASAMBOI MERAH!! GI BELI CEPATTT.

Resepi Chicken Wing ala Kundasang Sabah

BAHAN-BAHAN:
10 ketul chicken wing @kepak ayam
9 ulas bawang putih
1 batang serai
Garam secukup rasa
Ajinomoto (aku tak letak pun)
10-15 biji asamboi merah
Pewarna merah
Minyak dan madu dicampur untuk dioles pada chicken wing waktu proses bakar.


Caranya:
1. Tumbok lumat bawang putih dan serai.
2.Perap pada chicken wing (pastikan chicken wing dah dibasuh tau)
3. Letak garam dan perasakan.
4.Letak asamboi dan perap pada keseluruhannya chicken Wings.
5. Letakkan pewarna merah bagi cantik lagi warna chicken wing tu nanti.
6.Susun chicken wing dalam dulang dan bakar guna api atas. (Aku guna oven indon, takda api atas bawah.haha)
7.Oleskan batang serai dengan campuran minyak dan madu pada chicken wing bagi mendapatkan chicken wing yang berkilat dan mengiurkan.


Siappppp!!! Selamat mencuba. Resepi ni memang sedap. Ikut korang lagi la nak adjust tang mana.

Chicken Wings Kundasang
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Resepi Chicken Wing ala Kundasang Sabah"

Sedapnye tgk ayam tu... btw dtg singgah sini n done follow ur blog.. :)

UWARGHHHHH SEDAPNYA!!!!

asamboimerah tu yg mana? TT^TT

owh pewarna merah tu nak bagi cantik warna dia kan.. pewarna tu yg mana sebenarnya.. sbb kan.. dulu kan.. masak daging masak merah.. sbb cari tak jumpa pewarna merah, so pakailah pewarna perisa strawberry TT^TT adik2 makan diam je, dah susah makan, diorang tanya kenapa rasa strawberry TT^TT malu lak ingat kenangan lama.. (almaklumlah... org tak pandai masak ni)

sedapnya . cicah dengan sambal kicap ke . btw CCL done follow sini
jemput ke entri http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/09/menang-voucher-rm50-dari-printcious.html

Hi Lea Azleeya.

Thanks singgah sini. Haritu tetiba mood rajin pulak datang nak panggang ayam.. :)

Hi Misaki PureBlood,

Asamboi merah yang bulat2 tu sis. Yang kita selalu makan dengan limau kasturi tu. Masam manis jadinya. Terliur pulak. Haha.

Daging masak Strawberry?? Macam menarik bunyi nya tu sis.. haha.

Hi Cik Cappucino Latte,

ye sis. Chicken wing panggang ni memang terbaek la cicah dengan sambal kicap. fuhh..

btw thx sis sudi singgah dan follow.

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top