-->

Kemaskini Akaun ASB anda Sekarang!

Rabu yang lepas, aku berkesempatan mengemaskini akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) di cawangan Bank CIMB. Sebenarnya, bukan aku yang beria-ia sangat nak kemaskini akaun ASB ni, tetapi kawan aku. Aku dapat tau benda hal ASB perlu kemaskini nak dapat nombor akaun baru dan perlu daftar bagi urusan online ni pun dari kawan aku tu juga. Nasib baik juga lah buat awal, kalau tak, haru biru juga aku awal tahun depan nak keluarkan dividen ASB aku. Hahaha. Itu penting kot. Untuk cover balik bayar braces aku nanti. Gila engko, RM3000+ lagi aku kena bayar.
Oklah, sebelum aku merapu lebih jauh, jom kita ke topik asal. Untuk anda-anda yang mempunyai akaun ASB atau yang seangkatan dengannya, cepat-cepatlah kemaskini akaun anda ke cawangan bank terdekat atau terus ke cawangan ASNB terdekat ok. 
Portal MyASNB
Pengalaman aku, sebab bukan aku beria nak update ASB ni, jadinya aku takda pun bawak buku BIRU ASB tu, aku cuba nasib je. Haaaa,, untuk pengetahuan korang, kalau nak update akaun ASB ni, tak perlu pun bawak buku biru tu, YANG PENTING  kena bawa adalah Mykad korang tu dan pastikan cip mykad tu tak rosak ye. Sebabnya, kawan aku tu belum dapat lagi nak kemaskini akaun ABS dia, sebab cip mykad dia tak dapat reading. Huhuhu. Nampak sedih lah dia. Yelah, bukan senang kitaorang nak ada masa nak ke bank ni.
Bila dah sampai bank tu, kat kaunter pertanyaan, korang cakap je korang nak KEMASKINI akaun ASB. Staf kat kaunter tu akan bagi nombor anda. Bila dah nombor korang dipanggil, korang bagi je mykad dengan staf kat kaunter then cakap nak kemaskini akaun ASB. Diorang memang dah alert pun pasal ni. Dan satu lagi yang akan dikemaskini waktu urusan di kaunter ni adalah NOMBOR HANDPHONE anda. Yang ni, korang kena bagi nombor telefon yang tetap tau. Taknak nombor yang asyik-asyik nak tukar. Menyusahkan korang di kemudian hari nanti. FUNGSI utama kena bagi nombor handphone ni adalah, untuk sistem TAC iaitu nombor keselamatan yang perlu dihantar secara sms ke nombor anda nanti. Ala, macam online banking punya sistem la. 
Bila dah siap kemaskini, staff bank tu akan print satu salinan maklumat dan nombor akaun terkini ASB kita. Dan tugas kita selanjutnya adalah untuk "Daftar Online" akaun ASB kita di portal MyASNB di laman web https://www.myasnb.com.my/ . Pendaftaran nya pun simple sahaja. Nanti di entry yang akan datang saya akan review cara daftar online akaun ASB ni langkah demi langkah ye. Just tunggu. 

Baca juga:

4 Comments

avatar

oh terima kasih la ingatkan pasal ASB ni. dah dekat 10 tahun gak tak jenguk langsung dividen dalam tu..huhu

Balas delete
avatar

Sama2 sis zaleha. ;) Wahh 10 tahun tak jenguk, lma juga tu.

Balas delete
avatar

sekrang dah online... makin mudah nak nyimpan..

Balas delete
avatar

Hi Mia Liana.

Ye sangat mudah nak menyimpan nya. Nak mengeluarnya pun adoiii pun mudah..hehehe

Balas delete



Emoticon