Powered by Blogger.

Resepi Cucur Kembong Mudah dan Sedap


Resepi Cucur Kembong Mudah dan Sedap
Dan tetiba di homepage facebook aku meriah dengan cucur kembong yang sangat kembong , gemok dan bulus ni. Terliur pulak aku tengok, setiap hari ada ja orang reshare resepi cucor kembong ni. Jadi, disebabkan aku dah kecur air liur petang ni, nak tak nak, rajin tak rajin terpaksa lah aku buat cucor ni. Aku olah sedikit resepi cucor kembong ni daripada versi asal. Meh aku share versi asal terlebih dahulu ya.


Resepi Cucur Kembong (versi asal)
Bahan-bahan:
250 gram tepung gandum
500 ml air panas mendidih
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam


Cara-cara membuat:
1. Campurkan tepung, gula dan garam. Bagi sebatikan.
2. Masukkan air panas mendidih ke dalam adunan tepung tadi. Adun hingga sebati.
3. Dah dapat adunan yang likat, biarkan sejok atau suam-suam sedikit, sebelum digentel-gentel menjadi bulat.
4. Gorengkan cucur dalam minyak yang penuh. Siap!!



Dan ni pulak versi aku buat. Takut aku nak letak gula sampai 3 sudu besar. Tak minat cucur manis , jadinya kurangkan gula, dan tambahkan bawang dan ikan bilis. Ohya garam pun aku letak lebih.

Resepi Cucur Kembong Ikan Bilis
Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
1.2 liter air panas mendidih
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang bombay dihiris halus


Cara-cara membuat:
1. Campurkan tepung, gula, garam, ikan bilis dan bawang bombay. Bagi sebatikan.

2. Masukkan air panas mendidih ke dalam adunan tepung tadi. Adun hingga sebati.

3. Dah dapat adunan yang likat, biarkan sejok atau suam-suam sedikit, sebelum digentel-gentel menjadi bulat.

4. Gorengkan cucur dalam minyak yang penuh. Siap!!

Bagi sesiapa yang sama spesis dengan aku tak suka rasa manis sangat boleh kurangkan gula ke satu sudu besar pun ok. Dan cucur ni sangat sedap dicicah dengan sos cili atau sos thai. Memang terlajak habis ni nanti. Selamat mencucir ye guys.

Resepi Cucur Kembong
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Cucur Kembong Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top