Powered by Blogger.

Rawatan Awal Sawan atau EPILEPSY

Rawatan Awal Sawan atau EPILEPSY


Hari Jumaat yang lepas aku berhadapan dengan satu kes epilepsy di sekolah rendah. Kebetulan ada kerja sikit kat sana. Serius, aku memang panik waktu tu. Aku tak tau nak buat apa bila tengok budak tu dah kejang satu badan atau istilah medical 'FIT' , mata terbalik ke atas dan air liur berbuih-buih keluar dari mulut. Ya Allah, seksa rasanya aku tengok budak tu waktu tu. Sebab tak tau nak buat apa, aku terus call 999 untuk dapatkan bantuan ambulan. Tengah aku call, datuk kepada budak tu dah pun datang, dan budak tu pun dah sedar. Syukur. Terus aku tanya dengan datuk dia, dia perlukan ambulan atau tak? Then datuk dia just cakap tak payah, sebab dah biasa dengan keadaan cucu dia. Serius weii. Aku panik, gelabah, cemas semua perasaan ada. Tiba-tiba menyesal pula tak ambik berat kursus FIRST AID. Huhuhu. Disebabkan kes ini, aku google cara rawatan awal bagi Sawan atau Epilepsy. Tidaklah aku nanti panik gila. Boleh kena heart attack aku tau.

Jom kita terjah sedikit maklumat tentang epilepsy ni dan rawatan awal sekiranya berlaku kes kecemasan macam yang telah aku lalui. Sumber maklumat ni aku perolehi dari website myhealth.gov.my. Moga bermanfaat buat kita.

Rawatan kecemasan diperlukan jika kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan yang serius. Dalam kes sawan , pesakit akan pengsan dengan tiba-tiba, tubuh badan menjadi kejang diikuti dengan sentakan anggota kaki dan tangan. Kanak-kanak jarang mati disebabkan sawan. Sawan yang berlaku sekali sahaja tidak membahayakan nyawa.

Anda tidak berupaya untuk menghentikan sawan tetapi ada beberapa perkara yang patut dan tidak patut anda buat untuk membantu pesakit yang sedang sawan:



HARUS BUAT:

  • Sentiasa tenang. Jangan panik.
  • Anda perlu berfikir dengan jelas untuk membantu kanak-kanak tersebut.
  • Perhatikan anak anda semasa sawan (turutan peristiwa, pergerakan badan dan anggota, tempoh masa sawan)
  • Elakkan kecederaan
  • Jangan alihkan anak anda
  • Alihkan anak anda hanya jika di dalam keadaan bahaya contohnya di tengah jalan atau tempat tinggi
  • Jauhkan anak anda dari benda-benda merbahaya
  • Pusingkan anak anda ke kedudukan mengiring. Ini akan mengelakkan kanak-kanak tercekik dengan air liur atau muntah sendiri
  • Berikan sokongan dan jadilah ibubapa yang sensitif terhadap perasaan anak anda
  • Cakap dengan tenang dan perlahan, pastikan orang lain tidak mengerumuni anak anda


JANGAN:

  • Jangan pegang anak anda dengan kuat.
  • Biarkan sawan itu berhenti dengan sendiri.
  • Jangan letakkan objek ke dalam mulut anak anda seperti sudu atau kunci. Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan lidah.
  • Jangan berikan makanan atau ubat melalui mulut.
  • Tunggu sehingga sawan berhenti dan anak anda sedar sepenuhnya sebelum memberinya makan.
  • Jangan lakukan CPR atau resusitasi mulut ke mulut.
  • Anak anda tidak akan berhenti bernafas atau mati dari sawan yang sekejap.
  • Biarkan anak anda tidur selepas sawan.


PENTING: Dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan lebih dari 5 minit.


Nota: Jika anak anda sawan berulang-ulang dan panjang, doktor anda mungkin akan mengajar anda menggunakan ubat Rectal Diazepam (dimasukkan melalui dubur) semasa sawan.

Sumber dari: Myhealth.gov.my
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Rawatan Awal Sawan atau EPILEPSY"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top