Powered by Blogger.

Khasiat dan Kebaikan Madu Kelulut

Khasiat dan Kebaikan Madu Kelulut

Madu kelulut? Waktu mula-mula dengar berkenaan Madu Kelulut ni adalah sekitar tahun lepas apabila ayah saya asyik cakap madu kelulut, madu kelulut. Waktu tu saya tak ambil pusing sangat. Sebab saya tak minat makan madu. Bila sekarang ni, tengok ayah saya sibuk dengan blok kayu atau log kelulutnya, barulah saya tergerak hati untuk tengok sarang kelulut tu.Waktu pertama kali tengok sarang kelulut tu, memang sangat teruja. Yelah, macam tak sangka usaha ayah saya selama ni nampak hasilnya. Meriah je lebah kelulut tu keluar masuk ke dalam sarang.

Log Kelulut Ayah Saya :)

Apa kelulut ni?? Lebah kelulut atau kelulut  (juga digelar meliponini) ialah lebah yang tidak bersengat dan boleh menghasilkan madu sama seperti lebah madu yang selalu kita tengok dari kecik. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan  khasiatnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah biasa. Madu kelulut bewarna soft brown iaitu sedikit kecoklatan dan rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.


Lebah Kelulut. Yang hitam-hitam kecik tu. Dont worry, ia tak menyengat pun


''Lebah Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil atau sarang kecil yang dilapisi propolis. Propolis adalah campuran resin yang dihasilkan oleh lebah kelulut/biasa yang dikumpulkan dari tunas pokok, sirap pokok atau sumber botani yang lain. Propolis digunakan untuk ruang kecil (anggaran 6 milimeter atau kurang), sementara ruang besar dipenuhi dengan lilin lebah.  Warnanya berbeza bergantung kepada sumber botani dan warna yang kebiasaannya adalah perang gelap. Propolis melekit apabila melebihi suhu 20 °C. Apabila dalam suhu yang rendah, propolis menjadi keras dan murah rapuh.

Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus.'' - Sumber Wikipedia


Sesuatu ciptaan Allah itu disertakan dengan 1001 kebaikan dan manfaatnya untuk kehidupan lain di atas muka bumi ini. Begitu juga dengan Madu Kelulut ini yang dikatakan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan Madu Lebah biasa. Antara KHASIAT dan KEBAIKAN Madu Kelulut adalah:
  • Membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan tidak mudah letih
  • Membantu meningkatkan metabolisma tubuh.
  • Kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa,Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.
  • Komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.
  • Madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan 
kanser. Kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar. Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah. Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya - Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pensyarah di Kluster Integriti Perubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM).

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd  



3 Log Kelulut. Tengah menunggu untuk disedut madunya.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Khasiat dan Kebaikan Madu Kelulut"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top