-->

Hamper Baby Gegirl

Hari ni baru berpeluang nak pergi beli hadiah untuk baby sahabat baik yang dah bersalin awal Syawal tahun ni.

Aku nak share satu tempat yang ada banyak pilihan hamper hadiah baby iaitu Boulevard Shopping Mall di area Batu 3 Kuching. Ruang baby adalah di tingkat 3. Serius aku rambang mata pula bak pilih. Disebabkan hadiah untuk baby girl so aku prefer beli hamper yang ada baju baby color pink. Haha. Nak juga pink tu.

Selepas ditimbang tara dengan tahap kecutean baju baby, color pink, dan kesesuaian harga dengan tahap kesihatan poket (almaklumlah gaji lambat lagi ), jadi aku pilih hamper brand Disney. Baju pun comel dapat untuk baby gegirl jalan-jalan. Semoga baby comel dapat pakai lama sikit la ye baju yang aunty belikan ni. ;)

Tetiba terus berangan waktu beli hamper ni tadi. Berangan nak dapat baby sendiri jugak. Haha. Doakan saya dimurahkan rezeki untuk menimang zuriat dalam masa terdekat ni. Aminn..

Baca juga:

0 Comments



Emoticon