Powered by Blogger.

Buffet Ramadhan di BCCK

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, Bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun ini. Semalam di hari puasa ke 6, kami suami isteri bersama dengan seorang sahabat berbuka puasa di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Perancangan agak last minit jugak di mana pada tengahari baru sahabat suarakan plan nak berbuka di BCCK.



Plan punya plan, akhirnya kami 3 sahaja yang pergi. Tempahan untuk berbuka telah dibuat melalui online di https://bcck.org.my/bcck/index.php. 

Disebabkan dah terlalu lewat nak buat booking, seat untuk GREAT HALL sudah habis. Seat untuk great hall if beli online dapatlah harga RM65. Nak tak nak, beli lah juga seat berbuka puasa untuk 3 orang di Meeting Room dengan harga RM52 per pax. Dalam kepala berlegar-legar pikir, best ke tak dudok kat meeting room ni?? Banyak ke tak choice makanan?? And mesti takda feel berbuka macam kat greathall.

Ibuk ibuk, bapak bapak, jangan risau, duduk kat meeting room tu lebih selesa den rasa sebabnya tidak terlampau bersimpang siur orang. Lebih tenang lah. Dan satu lagi, bila duduk kat meeting room, kita still boleh akses ke semua tempat untuk ambil makanan. Actually makanan kat meeting room dan great hall sama ja pun. Saja ja suka-suka nak jalan cuci mata di Great hall. Ohya, coklat tower hanya ada kat Great hall ya. Jangan lupa makan stik buah disalut coklat.. nyummy. Tapi jangan buat hal pulak, terus makan waktu bukak pun belum lagi. Haha .





Dengan harga RM52 dan menu yang pelbagai, dengan lebih kurang 152 menu, dah sangat-sangat berbaloi dah harga tu. Kitaorang pun leh tahan juga semalam. Try almost of the menu. Yang pasti saya over makan dimsum dan pastries. Yang gila makan kambing pun sangat disarankan datang sini. Puas hati you you.

Satu juga nak pesan, ambik makanan ala kadar setakat nak merasa dulu ye, jangan membazir. So kalau ada tempat buffet Ramadhan yang best sekitar Kuching ni, boleh lah share di ruangan komen ye. Selamat berpuasa semua.

Kepelbagaian menu yang dihidang. Memang awesome!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Buffet Ramadhan di BCCK"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top