-->

Tuai Dividen ASB 2016

Mari lah mari, kita menuai. Menuai apa? Menuai dividen ASB ler. Haha. Tuai tuai pun akhirnya masuk ke bank balik.

Alhamdulillah, walaupun dividen ASB bagi tahun 2016 menurun dari tahun sebelumnya iaitu dari 7.25% kepada 6.75% dan bonus 0.5%, saya masih dapat meraih sedikit dividen daripadanya.

Dividen yang saya peroleh ni pun hasil loan ASB saya yang bernilai 50k. Dividen ASB untuk jumlah 50k bagi tahun 2016 adalah RM3300+ sahaja dan bonus pula RM230+. Memang ketara sangat penurunan dividen ni.

Tahun ini saya tak buat pembayaran lumpsum seperti tahun-tahun sebelumnya. Sebab tahun ni ada projek nak buat dan simpanan untuk emergency. Jadinya saya akan buat pembayaran secara bulan-bulan.
Kalau tengok pada ekonomi kita sekarang ni, rasanya macam makin menurun je dividen ASB akan datang. Sama-sama kita tunggu dan lihat ya.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon