-->

Resepi Kek Coklat Moist Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Coklat Moist Mudah Dan Sedap
Kek ni antara kek yang mudah nak buat tapi lambat saya nak test buat. Sebab apa baru sekarang nak buat? Sebab baru-baru ni baru saya teringin nak makan. Haha. Kek ni sangat mudah nak buat dan bahan-bahannya pun mudah dicari. Jom terjah resepi kek coklat moist yang super gebu, lembab dan sedap ni.

Resepi Kek Coklat Moist Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:
(Bahan A)
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair

(Bahan B)
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh natrium bikabonat
1 cawan air panas

Cara membuat:
1. Campur kesemua bahan A dengan menggunakan mixer dan masak guna api sederhana.

2. Mixer telur dan campur campuran tepung gandum, baking soda dan natrium bikarbonat, dan air panas. Mixer hingga sebati.

3. Campur adunan bahan A dan adunan bahan B dan gaul rata. Kukus antara 20-30 minit.

Resepi Topping Coklat
Bahan-bahan:
300 gram coklat masakan
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan air panas.

Cara membuat:
1. Double boil kan coklat masakan bersama susu cair, susu pekat dan air panas. Gaul rata hingga coklat cair .

2. Siap untuk dicurah ke atas kek coklat.

Resepi Kek Coklat Moist

Baca juga:

0 Comments



Emoticon