Powered by Blogger.

Resepi Kek Lumut Cheese Sarawak

Resepi Kek Lumut Cheese Sarawak
Kali pertama baru nak buat kek lumut cheese ni. Dulu tak terbuat sebab langsung tak jumpa resepi yang saya rasa ok. Dan sekarang saya dah jumpa resepi yang saya suka bahan-bahan nya dan terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya resepi. Resepi ni saya perolehi dari Facebook.


Resepi Kek Lumut Cheese Sarawak
Bahan-bahan:
450 gram Butter (saya guna golden churn)
10 biji telur
250 gram Nestum dikisar halus
125 gram tepung jongkong
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil seri kaya
125 gram gula halus
200 gram horlick
Pewarna hijau


Untuk bahagian cheese:
500 gram cream cheese ( saya guna Tartura)
250 gram gula halus 
2 biji telur
1 sudu tepung
1 sudu teh esen vanilla



Cara-cara Membuat:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan susu, horlick, seri kaya, nestum dan tepung satu persatu. Mixer rata.
4. Masukkan sedikit pewarna hijau. Mix rata dan bahagi dua bahagian.

5. Adunan cheese pula, campur semua bahan untuk adunan cheese dan mixer sampai kembang.
6. Kukus adunan lumut untuk bahagian bawah selama 2 jam atau hingga masak.
7. Kukus adunan cheese pula lebih kurang 1 jam atau hingga masak.
8. Akhir sekali kukus adunan lumut untuk bahagian atas selama 2 jam atau hingga masak.

Saya guna loyang 8.5'x8.5'.
All the best dan selamat mengukus.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kek Lumut Cheese Sarawak"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top