-->

Ketumbar Kafe

Ketumbar Kafe
Satu demi satu kedai makan baru yang mula bertapak di Bandaraya Kuching ni. Salah satu daripadanya adalah Ketumbar Kafe yang terletak di simpang sebelah kiri sebelum Bangunan DBKU atas bukit apabila kita dari Semariang.

Apa yang menariknya di Ketumbar Kafe ni, sebagai opening kedai, tuan kedai berbesar hati membuat promosi dengan hanya membayar RM6.90 untuk sepinggan. Korang boleh pilih berbagai-bagai jenis lauk yang sedap-sedap dan mengiurkan.

Macam tadi, saya ke sana ketika waktu makan tengahari, saya rambang mata ketika nak pilih lauk mana nak makan. Serius, semua nampak best dan Sedap. Last sekali saya pilih lauk siput sedut masak kicap, ikan merah masak kari, sambal tempe, sayur tauge besar, dan sambal petai. Taknak ambik banyak sangat lauk takut membazir nanti.

Sedap ke lauk kat Ketumbar Kafe ni??? Honestly, dari lubuk dasar hati saya yang pemakan ni, kalau lauk sedap memang akan licin pinggan saya. Dan ternyata pinggan saya licin. Semua lauk dan sayur yang saya ambil sedap-sedap.

Untuk air pula, tadi saya order air limau peng dan kawan saya order air Bandung. Kedua-dua air berharga RM1.80. tambah dengan kos makan seorang, kami hanya perlu bayar RM8.70 seorang.

Bila dah kenyang, sangat suka hati.  Terbaekkk lah ketumbar Kafe, harap harga makan rm6.90 sepinggan dan sukati ambik lauk tu dikekalkan. Nyaman-nyaman oiii makan di Ketumbar Kafe, Sik Rugi kitakorang.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon