-->

HotelTravel.com Boleh Dipercayai ke?

HotelTravel.com Boleh Dipercayai ke?

Bila terlihat iklan HotelTravel.com di internet baru teringat nak buat review tentang website untuk tempahan bilik hotel ni. Sebab sebelum ni, saya pun ragu-ragu dan macam tak percaya je dengan website ni, tapi tu lah, perasaan tu datang bila dah pun selamat buat pembayaran. Haha. Lahabau betul.

Bagaimana saya boleh terguna website ni? Itu pun sebab bila buat perbandingan harga bilik hotel antara website tempahan, saya dapati website HotelTravel.com ni offer harga paling rendah untuk sebuah bilik standard di Bahagia Hotel , Langkawi. Saya buat tempahan ni pada sekitar bulan 3 tahun 2015, dan tempahan dibuat untuk bulan 3 tahun 2016. Fuh,, hampir setahun saya ragu-ragu tu.

Perasaan ragu-ragu tu hilang setelah dalam bulan September 2015, bila saya call Bahagia Hotel untuk confirm kan nama saya sudah ada dalam senarai booking atau tidak. Menurut mereka, nama saya sudah ada dalam booking bagi tempahan 3 bilik. Syukur.

Sebenarnya, website ni memang trusted, tapi tu lah, sebab first time guna, tu yang perasaan tu ntah apa-apa. So korang, kalau nak buat tempahan bilik hotel, jangan pulak takut nak guna website HotelTravel ni k. Memang trusted. Macam bilik yang saya book dulu saya dapat offer harga RM50 sebilik. Jadi kos untuk kesemua 3 bilik adalah Rm600 untuk 5 hari 4 malam. Murahkan.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon