-->

Resepi Udang Masak Merah Mudah dan Sedap

Resepi Udang Masak Merah Mudah dan Sedap
Rezeki ayah saya menjala dapat udang. So dapat lah saya nak berCOOKING di dapor malam ini. Udang ni saya buat masak Udang Masak Merah. Sangat mudah resepi ni dan yang pasti sedap hingga menjilat jari. Haha. Ok. Jom masak!!

Resepi Udang Masak Merah
Bahan-bahannya:
1/2 kg udang
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
10 cili kering (direndam dan dikisar)
3 sudu besar sos cili
Sedikit kunyit
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Bersihkan udang dan diletak kunyit dan garam. Gaulkan.

2. Goreng udang separuh masak. Step ni terpulang kalau nak goreng.

3. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.

4. Masukkan sos cili, garam dan gula.

5. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul dan biar seketika  sebelum ditutup api. Siap untuk dihidangkan.
Udang Masak Merah

Baca juga:

0 Comments



Emoticon