-->

Resepi Sayur Kailan Masak Sos Tiram

Resepi Sayur Kailan Masak Sos Tiram

Sayur kailan atau nama famous nya Baby Kailan adalah salah satu sayur kegemaran saya . Tapi dengan SYARAT mesti lah masak sos tiram, iaitu ala-ala masak sayur kailan di Restoren SCR Xpress.

Nak masak sayur kailan masak sos tiram ni sangat lah mudah dan jimat berbanding makan di kedai. Jom lah, saya share resepi mudah dan sedap ni.

Resepi Sayur Kailan Masak Sos Tiram
Bahan-bahan:
Sayur Baby Kailan 1 ikat atau 500gram
Cendawan Shiitake kering ( ikut suka kalau nak letak, tak letak pun takpe, rendam dulu, then potong kecil)
4 ulas Bawang putih dicincang halus
2-3 sudu besar sos tiram
200ml air putih
1 sudu kecil gula


Cara-cara:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram yang dibancuh dengan 200ml air.
3. Masukkan 1 sudu kecil gula biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan cendawan shiitake.
4. Masukkan sayur kailan dan gaul rata.
5. Siap untuk dihidang!!


* Nak lagi sedap dan kalau rajin,goreng sedikit bawang merah hingga garing untuk tabur atas sayur kailan tu nanti. Sedapppp!!

*Guna api besar. Tapi pandai-pandai la kontrol time masak ye, jangan sampai terlebih hangit pulak bawang putih.haha.

Resepi Sayur Kailan Masak Sos Tiram

Baca juga:

0 Comments



Emoticon