-->

Tips 2: Pajak Gadai Emas Untuk Beli Sofa

Pajak Gadai Emas Untuk Beli Sofa

Bila pindah ke rumah baru dengan tidak mempunyai apa-apa perabot dalam sebulan lagi nak menyambut Raya Aidilfitri, memang agak mencabar. Jenuh memikir, takkan tak nak beraya di rumah baru, kalau beraya, tetamu datang mana nak duduk?? Haha. Sangat mencabar kepala hotak kami suami isteri waktu tu.

Jadi, apa yang kami buat untuk mendapatkan duit segera untuk membeli sofa adalah dengan pajak gadai atau Ar Rahnu emas atau barang kemas saya di Ar Rahnu bank rakyat. Saya pajak 3 gelang tangan saya dan dapatlah wang hasil pajakan emas saya tu lebih kurang RM1600. Alhamdulillah, ada la bajet untuk beli sofa. Haha. Lebih baik kita pajak emas kita kalau memerlukan duit daripada kita berhutang dengan kedai. Rezeki saya dapat sofa Casa leather dengan harga offer RM2000. Jadi saya kena topup RM400 je lagi.

Mana lebih untung, loan kedai atau guna wang hasil dari pajak emas??? Bagi saya OFCourse la Pajak EMAS! Bila bandingkan antara loan di kedai perabot dan pajakkan emas, lebih bagus pajak emas. Ini bagi mereka yang ada emas di tangan la. Sebab UPAH SIMPAN bagi pajakan bernilai RM1600, hanya lebih kurang RM100+ sahaja bagi tempoh 6 bulan. Sekiranya dah genap 6 bulan, belum dapat lagi nak ambil emas kita tu, kita boleh panjangkan lagi tempoh selama 6 bulan dan dicaj kadar upah yang sama. Kita dibolehkan untung panjangkan tempoh pajakan selama 3 kali sahaja.

Jangan khuatir nak pajak emas ni. Tapi saya nasihatkan kalau nak pajak emas lebih bagus pergi terus ke Ar Rahnu Bank Rakyat atau Agro Bank. Takut nanti pergi kat kedai pajak biasa, kadar upah yang dikenakan sangat tinggi. Rugi juga tu. INGAT TAU, sekarang ni zaman berjimat. Segala benda yang saya buat dan beli sekarang lebih ke arah yang murah, berbaloi, berkualiti dan berkepentingan.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon