Powered by Blogger.

Resepi Kek Lapis Selipar Jepun Kukus

Resepi Kek Lapis Selipar Jepun Kukus.

Malam ini saya bertekad juga nak buat kek lapis kukus. Dua pilihan saya samada nak buat kek Dangdut atau Kek Lapis Selipar Jepun ni. Dan akhirnya selepas dikaji dan dipertimbangkan saya pilih untuk buat Kek Lapis Selipar Jepun. Unik kan nama kek ni. Tak tau la Tang mana yang macam selipar Jepun nya. Haha.

Kek Lapis Selipar Jepun


Kombinasi Warna Kek Lapis Selipar Jepun


Actually kalau ikut resepi, aduan dibahagi 4 bahagian dan di bagi pewarna berlainan. Tapi disebabkan saya ni terlampau RAJIN, saya memilih untuk buat 3 color sahaja.  Saya tak cukup rajin untuk buat complicated sangat. Cukup-cukuplah dengan Kek Lapis Idola semalam. Sakit pinggang den menunggu lapisan demi lapisan. Jom lah terjah resepi kek lapis tradisi Sarawak Bumi Kenyalang ni.

Resepi Kek Lapis Selipar Jepun Kukus

(loyang 8.5'x8.5')


Bahan-bahan:
10 biji telur
500gm mentega (sy gn Buttercup)
2 gelas tpg hong kong (sy gn tpg gandum)
1 gelas horlick
1 gelas coffemate
1 tin kecil Sri kaya
1/2 tin susu pekat
1 gelas gula halus
1 sudu makan Ovalet


Cara-cara membuat:

1. Telur, gula, dan ovalet dipukul hingga kembang.

2. Di dalam bekas lain, Mentega, susu, dan kaya dipukul hingga putih.

3. Satukan adunan. Masukkan horlick, coffemate dan tepung gandum. Kacau rata.
# Bagi 3 bahagian. 

1) Hijau 2) Purple 3) Merah


4. Kukus lapis demi lapis sehingga habis.

Kukus Lapis demi lapis. Dimulakan dengan adunan
Color Hijau. Diikuti Purple dan seterusnya Merah.


* Bagi yang tak minat nak kukus, kek ini juga boleh dibakar. Tapi tekstur kek kurang moist la ye.  All the best guys. By the way, thanks kepada Nady's Little kitchen untuk resepi ini ya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Resepi Kek Lapis Selipar Jepun Kukus"

keren artikelnya gan
kunjungi juga ya gan dengan web kebanggan kami poker online indonesia http://www.betdanwin.com/
bonus 100% deposit dan ada komisi referral 50% untuk member yang mengajak teman-temannya mohon partisipasinya siapa tau membutuhkannya makasihh gan :)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top