-->

Pau Istimewa

Nama pun dah Istimewa kan.. so memang istimewa la bagi saya. Sebab yang pertama, pau kat sini pelbagai jenis inti. Daripada pau inti kacang hinggalah kepada pau berinti ayam cendawan. Harga pun tidak lah mahal sangat. Pau inti Ayam cendawan adalah yang paling saya minat. sangat sedap.

Satu lagi kegilaan saya dengan Pau Istimewa ini adalah mereka ada juga jual dimsum Ayam. Harga sebiji adalah RM0.75 sahaja. Murah dah tu. Selalu saya beli yang homemade salah RM1.00 sebiji. Kalau teringin nak makan pau atau dimsum boleh la pergi ke stall pau Istimewa ini k yang terletak di Bahagian luar supermarket Everise dalam bangunan Wisma Satok. Selamat mencuba. 😉

Baca juga:

0 Comments



Emoticon