-->

Clexane injection - Ubat cair Darah Saya

Clexane injection - Ubat cair Darah Saya

Pembedahan Laporatomy bagi buang tiub falopio sebelah kanan saya yang telah dijalankan pada 17/5/2016, meninggalkan kesan yang besar juga buat diri saya.

Pertamanya saya kehilangan baby kedua saya. Semoga kita bertemu lagi di syurga nanti Sayang.

Keduanya satu tiub falopio saya  telah Tiada. Dan sekarang hanya bergantung dengan sebelah tube sahaja untuk usaha hamil seterusnya .

Ketiga , saya mendapat parut ketiga yang lebih panjang di Bahagian rahim saya. Parut pertama Dan kedua adalah kesan operation hernia saya yang telah dibuat ketika umur 4 tahun Dan 11 tahun .

Keempatnya, saya terpaksa menahan sakit diinject setiap pagi selama 14 hari untuk cair darah saya.

Kenapa selepas pembedahan saya kena injection ubat cair darah?
Ini Disebabkan saya mempunyai masalah jantung iaitu Mitral Valve prolapse, di mana injap jantung saya terdapat masalah sedikit Dan menyebabkan aliran darah tidak flow dengan baik nya.,makanya doktor terpaksa menbekalkan injection bagi cair darah untuk saya. Menurut doktor, kesan daripada operation yang dilakukan boleh menyebabkan pembekuan darah berlaku. Jadi, untuk mengelak berlakunya pembekuan darah, injection cair darah terpaksa dibekalkan selama 14 hari selepas discaj Dari wad. Dan sekarang masih berbaki 6 stick Jarum injection tu untuk maintainkan darah saya sentiasa cair.

Baca juga:

4 Comments

avatar

Sy jg telah ambil injection yg sama selama 14hari wpun bersalin normal....sewaktu berada d hospital, sy dapati skrg injection tersebut diambil oleh semua ibu selepas bersalin....

Balas delete
avatar

Sy jg telah ambil injection yg sama selama 14hari wpun bersalin normal....sewaktu berada d hospital, sy dapati skrg injection tersebut diambil oleh semua ibu selepas bersalin....

Balas delete
avatar

Salam sis Izma. Bersalin normal pun dibekalkan injection cair darah ye? Saya baru tahu juga ni. Sebab ritu ada kawan yg bersalin caesar mmg kna inject ubat cair darah ni.

Balas delete
avatar

Saya pun dpt ubt ni..sy brsalin normal..doc ckp sbb sy bsalin umur lebih 35 thn..10 hari kna cucuk..

Balas delete



Emoticon