Powered by Blogger.

Trip Percutian Bajet 5 hari Pulau Langkawi (10 Mac - 14 Mac 2016)

Trip Percutian Bajet 5 hari Pulau Langkawi (10 Mac - 14 Mac 2016)

Lambang Langkawi. Anda wajib ke sini, Dataran Lang.
Trip Percutian kali ini ke Pulau Langkawi, kami telah tempah tiket AirAsia 1 tahun lebih awal. Percutian kami Kali ini selama 5 hari 4 malam bermula 10 Mac - 14 Mac 2016 Dan menginap di Bahagia Hotel, yang terletak di Pekan kuah, Langkawi. Jom ikuti perjalanan trip Percutian bajet kami ke Langkawi ni.

Hari pertama (10 Mac 2016)
10.50 am flight Dari Kuching - kl. Sampai di Kl sekitar pukul 1 petang.  Sementara menunggu next flight ke Langkawi, kami pergi makan di Texas chicken dulu. Tempat favourite kami sekeluarga ni.

3.50 petang flight Kl - Langkawi. Sampai di Langkawi sekitar pukul 5 petang. Terus call Akak yang saya dah tempah untuk Sewa kereta Avanza. Total Sewa untuk 5 hari tu adalah RM360. Still murah. Sementara menunggu adik yang tersesat dalam satu lagi flight, kami pergi lepak makan layan cendol pulut, laksa Pulau Dan pesembuq di Food truck laksa power.

6.00 petang, kamu berangkat ke Bahagia Hotel Dan check in sana. Alhamdulillah. Settle perjalanan hari ini.

8.00 malam pergi makan malam di Saloma Nasi Lemak Panas di Dataran Lang. Lepas makan, pergi jalan-jalan di Pasar Malam Pantai Cenang. Kat area Pantai Cenang ni meriah time malam. Ramai pelancong luar suka lepak di sini.


Hari Kedua (11 Mac 2016, Jumaat)
8.00 pagi breakfast di Restoren Haji Ali. Makan Nasi Kandar awal pagi. Haha. Yang ni ready awal bagi perut full dulu.

9.00 pagi bergerak pergi ke Oriental Village, area skycab atau cable car tu. Kami ke sini dengan satu tujuan utam a iaitu nak GI Muzium 3D. Tak naik cable car, sebab semua dah naik sebelum ni. So skip cable car. Bayaran masuk ke muzium 3d ni adalah RM30 untuk seorang dewasa Dan rm20 untuk warga Emas atau kanak-kanak. Kami berasa di dalam muzium 3d ni hampir 2 jam jugak. Sebab layan dengan imej-imej 3d kat dalam ni. Make sure korang pose bergambar sekreatif yang mungkin tau.

1100 pagi, adik-adik saya nak main ATV di area oriental village ni jugak. Caj untuk seorang untuk main ATV ni adalah RM70. Kalau tambah penumpang, rm50. Mahal lah. Saya tak main ATV ni, sebab dah main dulu, Dan sangat tak masok jiwa saya. Haha.

1.00 petang, hantar ayah, husband Dan adik lelaki untuk solat jumaat di masjid yang paling terdekat dengan oriental village.

2.30 petang, bergerak ke Jeti Yatch di area Pekan Kuah untuk Trip ke Pulau Tuba. Cater sebuah boat untuk ke Pulau Tuba Dan caj perjalanan pergi Dan balik adalah rm120. Kalau ikutkan ada Je Sewa boat murah iaitu rm5/orang, tapi kena tunggu boat penuh baru Jalan. Sebab sangat jaga timing, kami cater sebuah boat terus. Jimat masa. Dalam 20 minit perjalanan boat,kami sampai di Jeti Pulau Tuba. Di sini, kami menyewa sebuah van sekali pemandu dengan Sewa rm60. Pak Cik van tu bawa kami pusing-pusing sekitar pulau tuba. Best juga dapat tengok tempat orang ni. Paling best, bila kami berpeluang pergi ke rumah Qody Mentor Dan dapat terjumpa sendiri dengan dia.

5.00 petang, kami berangkat balik.
Hari ketiga (12 Mac 2016, sabtu)
Pagi. Island hoping. Trip ke Pulau Dayang Bunting,Pulau Beras Basah Dan Bagi helang makan. Trip ni ambik masa kira-kira 3 jam jugak. So trip kami ni Dari pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Petang. Buat aktiviti pantai di pantai Cenang. Main parasailing, Jetski Dan Banana boat. Untuk parasailing caj dia adalah rm60 satu trip, jetski rm130 untuk 30 minit Dan banana boat rm15 seorang. Sangat enjoy aktiviti pantai kitaorang Kali ni. Sebabnya cukup korum.haha. Lepas aktiviti pantai, kami singgah makan di Food truck di persisiran Pantai Cenang bersebelàhan airport. Lepas makan, terus balik hotel. Malam, singgah makan malam di Restoren Rasa Sayang. Kelaparan sangat time ni. Haha. Selepas makan,balik ke hotel semula untuk caj energy.


Hari keempat (13 Mac 2016, Ahad)
Pagi. Singgah breakfast di Kedai Makan Kak Timah. The best tempat makan nasik campur di Langkawi ni. Pelbagai lauk pauk Dan yang penting, harga sangat berbaloi-baloi. Caj untuk kami 9 orang adalah rm78. Murah kan.. Selepas makan,pergi hantar famili abang di Jeti Kuah untuk balik ke Kuala kedah. Dia tak dapat cuti Lama.

Lepas zohor,kami pergi untuk Trip ke Beras Terbakar. Nak juga tengok tempat ni,Walaupun banyak orang cakap takde apa-apa kat sini. Seriously, pergi kat Beras terbakar ni best juga sebab sebelum ke tapak Beras terbakar, kita akan melalui kawasan orang berjual kain batik Dan pelbagai barangan lain. Nak beli souveniers pun banyak kat sini.

Lepas settle di Beras terbakar, kami jalan-jalan meneroka kampung-kampung yang berhampiran. Seronok je tengok tempat orang ni. APA yang pasti, say memang suka dengan life kat kampung di Langkawi ni. Tenang je tanpa kesesakan.
Petang, kami ke idaman suri Dan Haji Ismail Group. Di idaman suri, of course la nak shopping perkakas dapur. Dan saya berkesempatan grab 2 set cadar Dan satu set periuk. Di Haji Ismail Group pula, tempat Nam shopping coklat. So ada la juga beli coklat untuk buah tangan kat kawan-kawan Dan famili. Hmmm.. Rm387 juga after ambik ni sikit, ambik tu sikit.


Hari kelima (14 mac 2016, isnin )
Breakfast di Kedai Makan Kak Timah lagi. Selepas tu, Berangkat ke airport. Bye Langkawi. Jumpa lagi 5 tahun akan datang.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Trip Percutian Bajet 5 hari Pulau Langkawi (10 Mac - 14 Mac 2016)"

Assalamualaikum...

'JOM KE SABAH'...

Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

Myvi Rm120 sehari
Saga RM120
Alza Rm150
Exora RM160
Avanza RM170
Innova Rm200
Urvan Rm250

Hubungi Raziman
0129600702 Whatsapp/call

Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK ISLAND, jangan risau hati sila hubungi :

ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
AFFANDI
IG : @pariwisatalombok
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top