-->

Resepi Kek Lapis India



Kek Lapis India ni sama je dengan Kek Lapis Cadbury. Hanya berbeza pada nama, namun bahan yang kebih kurang sama. Gambar yang saya attach ini adalah kek lapis india yang dibeli tau, bukan buat. Saya belum ada kesempatan lagi nak buat kek lapis lapis ni. Belum ada kekuatan. Saya tak kuat awakkk.. Haha.
Jadi, di sini saya nak share Resepi Kek Lapis India ni untuk rujukan saya sendiri nanti dan rakan lain yang mungkin berminat nak melapis. Kalau tengok pada resepi macam senang, tapi nak melapisnya tu, hmmm bila la nak ada konfiden nya tu. Btw thanks sis dayangjack sebab sudi berkongsi resepi kek ni.

Resepi Kek Lapis India / Kek Lapis Cadbury
Rujukan Resepi : dayangjack@dapurku sayang
Bahan-bahan: loyang 9" x 9" @ 8'' x 8''
450g mentega berkualiti tinggi
120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
220g gula halus
10 biji telur
100g tepung biskut marie
65g serbuk horlick
50g serbuk santan (1 paket)
300g susu pekat manis (susu cap junjung)
2 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning
Cara-cara:
1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati.
5. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
6. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
7. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan ketiga. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon