-->

Kampong Bako


Kampong Bako merupakan perkampungan Melayu yang terletak kira-kira 30 minit memandu daripada Bandaraya Kuching. Rutin pekerjaan utama masyarakat di perkampongan ini adalah dengan menangkap ikan di laut.

Dahulu masyarakat di sini merupakan pelaut yang terkenal. Mahir menangkap ikan daripada sungai hingga ke laut. Kebiasaannya hasil tangkapan ikan dan hasil laut akan mereka hasilkan seperti ikan masin, Rusip, Cencalok, dan pekasam. Manakala hasil tangkapan bubok dijadikan bahan utama untuk membuat belacan Bako dan cukup terkenal di Kuching selain daripada Belacan Miri.

Saya berpeluang untuk pergi ke Kampong Bako Seberang yang hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan sampan atau boat kecil. Anda tidak perlu risau untuk ke kampong ini kerana, sentiasa ada boat penduduk kampung yang akan menunggu di jeti untuk membawa anda ke seberang. Tambang yang dikenakan untuk one way adalah sekitar 40 sen. Untuk ke seberang, perjalanan dengan boat tidak sampai pun 10 minit. 

Kampung Bako, Kuching Sarawak.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon