-->

Bubok dan Kampong Bako, Kuching



Bubok adalah sejenis udang kecil yang merupakan bahan utama dalam pemprosesan Belacan. Di bawah ini adalah binaan yang dipanggil 'Jungkar' dan berfungsi untuk menegar atau menangkap Bubok. Jadi tidak hairanlah, perkampongan Bako ini meriah dengan industri pemprosesan Belacan.

Binaan untuk menangkap Bubok di Kampong Bako, Kuching Sarawak

Saya berpeluang untuk pergi ke Kampong Bako Seberang yang hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan sampan atau boat kecil. Anda tidak perlu risau untuk ke kampong ini kerana, sentiasa ada boat penduduk kampung yang akan menunggu di jeti untuk membawa anda ke seberang. Tambang yang dikenakan untuk one way adalah sekitar 40 sen. Untuk ke seberang, perjalanan dengan boat tidak sampai pun 10 minit. Ketika menuju ke kampung ini lah, saya dapat melihat binaan daripada buluh ini di Sungai Kampong Bako. Menurut pak cik boat tambang tersebut, binaan ini adalah untuk menangkap bubok. 

InsyaAllah saya akan ke sini lagi jika dipanjangkan usia pada musim bubok untuk menyaksikan sendiri proses menangguk atau menangkap Bubok ini.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon