-->

Buat Duit Dengan Google Adsene



Bagi rakan blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blog mungkin sedia maklum mengenai POTENSI menjana pendapatan sampingan melalui Blog yakni menerusi Badan Pengiklanan Terkemuka dunia iaitu Google Adsene. Saya sendiri walaupun sudah terdedah dengan dunia blog sejak 2008 lagi, namun hanya tahun ini iaitu tahun 2015 barulah saya bergiat aktif untuk menjadi sebahagian 'Publisher' iklan Google Adsene. Dahulu, syarat bagi sesebuah blog untuk diterima bagi Google Adsene adalah mestilah menggunakan kata pengantara Bahasa Inggeris. Jadi, agak limit disitu untuk saya. Sebab saya lebih senang untuk menulis bahasa baku dan rojak. Sememangnya Rojak itu juga yang sedap. :) 

Apa itu Google Adsene? 
Google Adsene adalah Perkhidmatan Penempatan Pengiklanan oleh Google. Program ini direka untuk para blogger dan penerbit website yang ingin memaparkan teks yang disasarkan , video atau imej iklan pada laman web mereka dan mendapatkan wang apabila pelawat laman web melihat atau klik iklan pada laman web mereka. 

AdSense adalah  percuma dan cara yang mudah untuk mendapatkan wang dengan memaparkan iklan yang disasarkan dan relevan dengan kandungan dalam website atau blog anda. Dengan AdSense, anda boleh menunjukkan iklan yang relevan dan menarik kepada pelawat laman web anda dan juga menyesuaikan rupa dan rasa iklan untuk website anda.

Google AdSense menyokong penerbit (publisher) dalam beberapa bahasa yang berbeza. Permohonan untuk penyertaan dalam program ini boleh bagi laman web dengan kandungan terutamanya dalam bahasa:


Arabic , Greek ,Portuguese, Bulgarian, Hebrew, Romanian, Chinese (simplified),  Hindi,  Russian, Chinese (traditional), Hungarian, Serbian, Croatian, Indonesian, Slovak, Czech, Italian,  Slovenian *, Danish, Japanese, Spanish, Dutch, Korean, Swedish, English, Latvian, Thai, Estonian *, Lithuanian, Turkish, Finnish, Malay, Ukrainian, French, Norwegian, Vietnamese, German, dan Polish . (sumber: Adsene Support)

Bagi kita blogger Malaysia, kalau yang dah sedia ada mempunyai blog tu dan usia blog dah pun 3 bulan ke atas dan aktif bolehlah mula memohon untuk jadi publisher Google Adsene ni. Pastikan blog anda tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh melanggar polisi Adsene. Contohnya dengan membuat 'Fraud Click' iaitu Klik daripada anda sendiri atau meminta orang lain klik iklan anda. No no no.

Kalau kena dengan usaha, aktif update blog dan tinggi traffic ke web atau blog anda, tidak mustahil ada mampu menjana pendapatan sampingan melalui blog. InsyaAllah.

Sedikit perkongsian dan tips untuk sukses Google adsense dan tingkatkan pendapatan dari Google Adsense dari saya untuk anda:
Tips Mudah untuk Sukses Google Adsene
Tips Tingkatkan Pendapatan Google AdSense

Baca juga:

0 Comments



Emoticon