-->

Resepi Kek Icecream Cream0 Choc Yang Mudah

Resepi Kek Icecream CreamoChoc Yang Mudah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mesti sahabat-sahabat di luar sana yang masih bertatih nak belajar membuat kek teringin nak belajar dan nak tahu resepi dan cara yang sangat mudah nak buat Kek icecream coklat yang sangat sedap. Confirm ahli keluarga suka, dan kalau ada anak-anak kecil, memang jenuh la tengok dieorang asyik buka tutup peti sejuk tu.

Oklah, resepi ni saya perolehi dari salah satu video yang diviralkan di facebook. Kalau ikut resepi dari video tersebut, sukatan semua bahan adalah dalam sukatan oz. Dan saya agak blur sedikit dengan sukatan oz ni. Nasib baik, di wall fb saya, saya pernah share rujukan untuk sukatan membuat kek.
Oklah, di bawah ni, saya sertakan Resepi Icecream CreamO Choc yang sangat mudah dan lazat.Tak perlu dibakar mahupun dikukus. Hanya letak di dalam peti sejuk. Mudah kan..

Rupa agak huduh sikit, tapi rasa dia marveolous



Resepi Kek Ice Cream CreamO Choc /Cream O Choc Ice Cream Cake:

Bahan-bahan:

Cream O Choc Ice Cream Cake saya.
*Adunan A (Bawah sekali kek)
20 keping Biskut Cream O atau Oreo (dikisar bersama krim nya)
84 gram butter cair

*Adunan B (Bahagian Icecream Cake)
504 gram cream cheese (saya guna Tartura Cream Cheese)
308 gram kepingan coklat masakan (dicairkan)
308 gram whipping cream (dipukul sehinggakental)
10 - 20 keping biskut Cream O atau oreo (dipatahkan 4)
10- 20 keping biskut Cream O untuk dihias di atas kek.


Cara-Cara:

1. Kisar Biskut Cream O sehingga lumat. Setelah itu, dicampurkan dengan  butter yang telah cair. Gaul rata. Adunan tersebut kemudian nya dipadatkan di dalam acuan yang telah dialaskan dengan kertas kes dan dicalit dengan butter. Setelah itu, simpan adunan ke dalam freezer selama 30 minit.

Biskut Cream O yang telah dikisar



2. Gaul rata cream cheese dan kemudian masukkan coklat cair dan digaul sebati.

3.  Setelah itu, masukkan whipping cream yang telah dipukul kental ke dalam adunan cream cheese dan coklat. Gaul rata.

4. Masukkan biskut Cream O yang dipatah kepada 4 bahagian ke dalam adunan tersebut. Gaul rata. Tuang adunan ke dalam acuan adunan yang telah diletakkan dalam freezer tadi. Kemaskan adunan.

5. Hias dan susun biskut cream O mengikut citarasa anda. Setelah siap dihias, masukkan semula ke dalam freezer lebih kurang 12 jam. Siap!!!






Baca juga:

0 Comments



Emoticon