-->

Lasik Mata Yang Rabun


Hari Rabu lepas rajin pulak nak scroll down homepage facebook. Scroll punya scroll tertengok link berita pasal Pakar Mata Berdakwah, dan bila tengok karikaturnya memang tak asing lagi Prof. Dr. Muhaya.

Siapa Prof. Muhaya ni? Dan kenapa aku interest nak up entry pasal beliau? Sebabnya, aku nak share pengalaman adik perempuan aku, iaitu Jihan yang ada buat Lasik Mata di Prince Court Medical Centre, KL tahun lepas. Dan pakar mata dengan adik aku ni deal adalah Prof. Muhaya ni. Punya la semangat adik aku n aku sekali google pasal Lasik Mata ni dan pengalaman blogger lain yang pernah buat lasik mata dengan Prof. Muhaya ni. Ye la.. Nak lasik kot. Kos nak lasik ni boleh tahan la jugak. Kalau ikut kondisi rabun mata adik aku tu, kos untuk lasim dan followup seterusnya adalam RM7,000. Mampus aku dengar. Haha. Adik aku semangat nak hilangkan rabun dia sebab bersemangat sangat nak jadik polis takpun yang berkaitan dengan ketenteraan. Yelah..kalau interview nak masuk benda- benda macam tu memang kenaj check tahap rabun ayam mata kita. So kalau diikutkan tahap rabun adik aku tu memang takyah bermimpi la dia nak jadi polis.haha.

Menurut adik aku, Prof. Muhaya ni jenis rilek dan tenang je orang nya. Time beliau nak buat lasik kat mata adik aku, dia cool je. Dan proses lasik mata tu juga tak ambil masa yang lama. Just after lasik tu, adik aku dibekalkan dengan cermin mata hitam untuk dipakai untuk tempoh 2 minggu. So korang imagine je la dia naek flight ke Kuching pakai spec hitam. Haha.. Kelakar.

Kalau ada korang nak buat lasik mata ni, boleh contact assistan prof. Muhaya ni untuk buat appoinment. Semoga hilang kerabunan kita ni. Aku maybe 5-10 tahun lagi nak la juga lasik. Rimas pakai spec.


Baca juga:

0 Comments



Emoticon