Powered by Blogger.

Tempat Wajib anda Terjah di Langkawi



**** UPDATED>>> SP Baru sahaja selesai Trip Percutian Bajet ke 4 di Langkawi pada 10 Mac hingga 14 Mac 2016 yang lepas. Jom usya maklumat terbaru di Langkawi<<<<

Langkawi. Salah satu pulau tercantik di dunia yang terletak dalam negeri Kedah dan terletak nun di utara semenanjung Malaysia. SP ni berasal dari Kuching, Sarawak dan untuk ke Langkawi ni, memang nak tak nak, kena naik flight juga la jawabnya.

Pertama kali sp jejak kaki di bumi helang ni adalah pada tahun 2011 itupun sempena honeymoon. Dan dimurahkan rezeki, pada bulan Jun tahun lepas (2014) sp berkesempatan honeymoon buat kali kedua bersama suami tercinta di Pulau Lagenda ni.

1. Eagle Bay, tempat paling WAJIB anda pergi. Kalau tak, tak complete
percutian anda di Langkawi ni.
Untuk anda yang mungkin baru pertama kali nak pergi ke Langkawi, mungkin masih tercari-cari mana tempat best dan tempat makan yang wajib anda terokai di Langkawi.


2. Skycab, Cable Car. Rugi anda tak naik. Kepada yang
gayat, mahap la, anda terlepas menyaksikan panorama
indah kat atas sana. :p

Ni harga tiket untuk naik cable car tu ye. Express lane tu kalau time ramai sangat, anda boleh lah guna express lane. Tapi mahal na..

Subhanallah. Ni adalah view atau panorama dari atas ye. Sangat indah alam ciptaan Allah ni.
3. Aktiviti Pantai di Pantai Cenang, Langkawi. Yang ni senarai harga
pakej untuk aktiviti-aktiviti yang anda nak main kat pantai ni.



Bagi mereka yang gemarkan aktiviti pantai, sp cadangkan aktiviti air di Pantai Cenang. Masuk kat area pantai ni free of charge ye. Dan untuk trip percutian kali ni, sp try parasailing dan hanya dikenakan bayaran RM60 sahaja untuk seorang, dan sewa jetski RM120 untuk 30 minit...uhuuuuuu.. berpusing juga mata nak membayar nya. Tapi serius, main parasailing tu sangat best dan akhirnya merasa pengalaman terbang seperti burung.. haha..
Time main jetski ni, ombak sangat kuat. So kena hati-hati.
Sangat enjoy dan sangat sesuai untuk mereka
yang memang tengah dalam mood honeymoon.
Parasailing. Yang dalam gambar ni, untuk couple ye. Pun ada.
 Tapi sp fly sorang-sorang je dengan jurupandu.
My husband tidak berminat nak naik.hahaha.

















4. Idaman Suri, Syurga wanita. Dah puas Jalan-jalan, untuk anda kaum hawa tu, jangan lupa angkut cik abang singgah sat ke Idaman Suri
Untuk kaum wanita yang dah puas jenjalan di sekitar Langkawi ni, jangan lupa tau singgah di Idaman Suri kasi borong pinggan mangkok. Haha. Peringatan. bagi mereka yang naik flight tu, sedar-sedar la diri sikit, ingat anda tu naik flight, takut terlebih had bagasi atau kena pikir camna nak angkut barang-barang kaca tu agar selamat dan tidak pecah. Ni bukan cakap kosong tau, ni cakap dari pengalaman. Haha. Sp da angkut 2 set pinggan mangkuk dan ambik risiko masok kargo. Walaupun siap-siap dah mark fragile, staf airasia dah bagi warning siap-siap, risiko untuk pecah memang tinggi. So terima je dengan redha. Ok, dan pengalaman sp, set pinggan tu, majoriti selamat, tetapi setiap set tu akan ada 2-3 pinggan/mangkok yang pecah. Haha. Redha je la. Nasib baik beli hok murah je.

So, untuk trip next year, sp dah siap buat plan macammana nak angkut set pinggan ni dengan selamatnya. Kita tunggu dan lihat la nanti ye.


Sp, trip kedua pergi ke Langkawi ni, tak banyak tempat nak jalan sangat, just highlight tempat yang sangat layan dan enjoy untuk dilawat. Ok, dah puas jalan-jalan, mesti perut lapar kan. So, di Langkawi ni, beberapa tempat makan best dan sedap sp dah cuba dan anda boleh lah singgah ye.

Restoren Haji Ali (Nasi Kandar Asli)
 Restoren Haji Ali Nasi Kandar ni merupakan salah satu restoren nasi kandar yang popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Sp dan makan 3 kali kat kedai ni, so far rasa memang thorbaek thoq dan harganya pun berbaloi-baloi.

Pelbagai pilihan lauk pauk. Taknak makan ikan, boleh ambik ayam. Tak nak makan ayam boleh ambik telur ikan..

Ni lah nasi kandar tu. Memang sedap. Tapi kalau makan banyak sangat boleh nyeluak bak kata orang sarawak

Stall Lori Laksa Langkawi. Yang ni, boleh lepak-lepak di waktu petang ye. Boleh makan laksa penang, mee rebus, pesembur dan lain-lain lagi makanan yang sodap.

At last, gmburger. Haha, di mana-mana sp pergi memang akan try menu burger ni, so far oblong ayam kat gmburger ni memang power..


Ok la, actually banyak lagi tempat makan yang special kat Langkawi ni, kalau ada masa nanti, sp akan update ye. Untuk anda yang bakal ke Langkawi tu, jangan lupa ronda-ronda seluruh langkawi dan tahan-tahan kan iman anda terutamanya yang wanita tu. Jangan tak jumpa jalan keluar dari Idaman Suri ye.



Artikel berkenaan:
Parasailing di Langkawi.
Aktiviti Wajib Cuba di Langkawi





Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Tempat Wajib anda Terjah di Langkawi"

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

Wassalam

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top